Monday, 28 March 2016

Manisnya Sabar

Tips Cara Melatih kesabaran Kita Menghadapi Berbagai Situasi
Setiap orang pasti ingin memiliki kesabaran yang tinggi. Tetapi bagaimana caranya agar kita boleh bersabar ketika sedang menunggu teman yang sudah membuat janji dengan kita tetapi teman yang kita tunggu tidak datang-datang? Nah, untuk menumbuhkan kesabaran yang kita miliki ada beberapa
cara, antara lain :

Pertama
Berfikir positif terhadap hal-hal yang menimpa kita. Anggaplah itu adalah ujian bagi kita dan semoga kita dapat melepasi ujian tersebut. Apa yang kita fikirkan di dalam minda kita memang benar-benar
mempengaruhi tindakan kita. Apabila perkara yang difikirkan adalah baik, maka kita cenderung melakukan perkara yang baik juga dan begitulah sebaliknya. Inilah sebabnya mengapa Allah SWT dengan murah hati memberikan kita pahala apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan. Mengapa kita perlu menganggap sesuatu perkara buruk yang berlaku kepada kita sebagai ujian? Hal ini mudah sahaja untuk difahami. Kita lihat kehidupan kita sebagai pelajar. Setiap kali pensyarah memaklumkan tarikh peperiksaan, semestinya kita sudah mula risau dan segera bertungkus lumus untuk belajar. Ketika itulah kita aka sibuk mencari buku, mengambil kelas tuisyen dan mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan agar kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Mana mungkin ada orang yang ingin gagal dalam peperiksaan bukan? Begitulah juga halnya dengan kesabaran. Anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah dan kita akan cuba melatih diri kita supaya sifat tersebut terus subur dalam diri kita dan InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran yang berlipat-kali ganda hikmah dari kesabaran yang kita amalkan.

Kedua
Perbanyakkan membaca bahan bacaan. Hal ini dilakukan agar kitadapat memahami lebih banyak tentang kekurangan yang kita miliki, sehingga kita akan semakin merasa betapa banyaknya ilmupengetahuan yang belum kita miliki. Bahan bacaan, selain daripada dapat memanfaatkan masa terluang kita, ia juga dapat untuk menambahkan pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang pelbagai ilmu pengetahuan dan segala isu yang berlaku di sekeliling kita. Orang berilmu, apabila semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin banyak pula yang dirasakan dia tidak tahu. Ini kerana mereka sedar apa jua yang mereka ketahui hanyalah sekadar setitis dakwat jika dibandingkan dengan ilmu Allah. Kita dapat melatih menjadi sabar dengan pembacaan kerana semakin kita suka membaca semakin banyak yang ingin kita ketahui. Jika sebelum ini kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara, tetapi kerana kesabaran kita melakukan pembacaan membolehkan kita menjadi seorang insan yang berilmu. Kata-kata seperti ini selalu terdetik dalam fikiran saya "hmm, sebelum ni aku tak pernah tahu pun pasal benda ni, sekarang bila dah tua macam ni barulah aku tahu. eei, teruknya aku ni. Kena lebih rajin baca bukulah lepas ni". Ia sering menyedarkan saya tentang betapa kerdilnya saya dibandingkan ilmu yang Allah miliki. Apabila kita sedar akan kekurangan kita, kita harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan cuba memupuk diri menjadi insan yang berakhlak mulia, seperti sabar.

Ketiga
Berkumpullah dengan orang-orang yang banyak ilmunya. Apabila kita bersahabat dengan orang yang menjual minyak wangi, pasti kita juga akan turut berbau harum. Begitulah juga halnya jika kita bersahabat dengan orang yang banyak ilmunya, pasti kita juga akan menjadi berilmu. Ilmu bukan sahaja datang daripada bahan bacaan namun ilmu juga boleh didapati daripada orang yang mengamalkannya. Orang yang berilmu akan sentiasa tunduk pada kekuasaan Allah, sama halnya seperti kata pepatah "Jadilah seperti padi, semakin tunduk semakin berisi". Kita akan makin sedar tentang hakikat kehidupan kita di dunia ini dan pastinya kita akan melakukan perkara yang disukai
Allah. Sesungguhnya kesabaran dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara tidak berfaedah yang membawa kepada kemurkaan Allah.

Keempat
Berlatih memasukkan benang ke lubang jarum, dan yang dipilih adalah jarum yang ukuran paling kecil. Nah, ini adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan tanpa perlu berbelanja besar atau menggunakan masa yang banyak. Pergi sahaja ke mesin jahit ibu dan ambillah bekas jarum yang digunakannya unutuk menjahit. Mengapa kita perlu mengambil jarum yang paking kecil. Ini kerana sudah pasti jarum kecil menyukarkan kita untuk memasukkan benang ke dalamnya! Saya sendiri apabila ada pakaian yang yang terkoyak, terpaksa mengambil masa yang lama untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum biarpun jarum yang digunakan bersaiz sederhana. Kebiasaannya cubaan pada kali pertama pasti tidak berjaya dan ini menyebabkan saya marah-marah. Ini mungkin kerana tahap kesabaran saya yang kurang. Rasionalnya menggunakan jarum yang kecil adalah kita akan terus berusaha untuk memastikan matlamat kita memasukkan benang ke dalam lubang jarum tercapai. Usaha kita yang berterusan menunjukkan bahawa kita tidak berputus asa dan terus sabar menghadapi kesusahan. Apabila kita sudah dapat mempraktiskan kaedah ini, nescaya kita dapat melatih diri untuk lebih bersabar apabila dihadapkan dengan ujian yang jauh lebih sukar dalam dunia sebenar.

Kelima
Maafkan selalu kekurangan oarang lain yang mungkin membuat anda marah. Yakinkan diri bahawa setiap manusia pasti memilIki kekurangan masing-masing. Tiada insan di dunia ini yang sempurna kerana kesempurnaan itu hanya terletak pada Allah. Tidak semua insan yang memiliki paras rupa yang cantik juga memiliki kecantikan sahsiah dan begitulah juga sebaliknya. Apabila orang membuatkan kita terasa seperti ingin menghamburkan segala kemarahan kita kepadanya, ambillah masa unutk bertenang seketika. Cuba bayangkan diri kita di tempatnya. Apakah perasaan kita apabila dimarahai oleh orang lain? Pasti kita tidak suka bukan? Malahan tiada siapa pun di atas dunia ini yanginginkan dirinya dimarahi Oleh itu, terimalah bahawa segala kekurangan yang diberikan olehAllah pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Banyak perkara buruk yang berlaku dalam kehisupan kita sebenarnya membawa seribu erti untuk kita terokai dan hayati.

No comments:

Post a Comment